Saturday, May 14, 2011

Apam Polka Dot..

Apam polka dot... cantik..tapi sedap ker?? Memang sedap.. yang bezanya dari traditional apam.. dia ada inti... as for me blueberry jam was my option. ..Meh layan gambar ..


Sumber Resepi: http://yummy2mama.blogspot.com/

Bahan-bahan

  •  3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)- 
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder 
  • sedikit esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa
  • pewarna  
Cara-cara:
Pukul gula dan telur hingga kembang.
  1. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama dengan baking powder terlebih dahulu) sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  2. Masukkan susu dan akhir sekali ovallette. Gunakan mixer kelajuan maksima dan dipukul sehingga semua bahan sebati dan kembang.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Setiap bahagian diwarnakan berlainan.
  4. Ambil sedikit dari setiap warna adunan dan diisikan ke dalam piping bag kecil ...(gunakan plastik kecil pun ok jer...asalkan berbucu!). Guntingkan bucu sedikit sahaja...agak2 lubang sekecil lidi aje. - Inilah yang akan digunakan untuk dot dot tu nanti...
  5. Filling yang digunakan  perlu diisi dalam piping bag kecil (atau pun plastik seperti adunan untuk dot dot tadi)
  6. Sediakan mangkuk kertas ke dalam dalam bekas muffin yang kecil
  7. Sudukan adunan (satu warna dulu - contohnya 'kuning') sehingga separuh daripada mangkuk kertas.
  8. Picitkan filling kesukaan kita
  9. Sudukan lagi adunan warna yang sama (kuning) hingga lebih sikit je dari 3/4 mangkuk kertas.
  10. Ambil adunan warna berlainan (biru) yang telah diisi dalam piping bag dan di picit bulat kecil di atas adunan kuning tadi. Ulangi langkah 8-11 dengan menggunakan adunan warna berlawanan pula.
  11. Panaskan pengukus. Cara terbaik bagi memastikan apam yang dimasak nanti cantik permukaannya, balut penutup pengukus kita dengan kain bagi mengelakkan air wap kukusan jatuh ke atas permukaan apam semasa mengukus nanti.
  12. Kukuslah apam dalam 7-10 minit atau sehingga masak.
Jangan lupa untuk mencuba....

No comments:

Post a Comment