Tuesday, May 24, 2011

Selamat Bertunang..

Few weeks ago my cousin bertunang.... nothing much to give...




Masih belum expert buat fondant..
Selamat Bertunang Hafiz.. semoga berkekalan sehingga jinjang pelamin dan ke akhir hayat..

Saturday, May 14, 2011

Apam Polka Dot..

Apam polka dot... cantik..tapi sedap ker?? Memang sedap.. yang bezanya dari traditional apam.. dia ada inti... as for me blueberry jam was my option. ..Meh layan gambar ..


Sumber Resepi: http://yummy2mama.blogspot.com/

Bahan-bahan

  •  3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)- 
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder 
  • sedikit esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa
  • pewarna  
Cara-cara:
Pukul gula dan telur hingga kembang.
  1. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama dengan baking powder terlebih dahulu) sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  2. Masukkan susu dan akhir sekali ovallette. Gunakan mixer kelajuan maksima dan dipukul sehingga semua bahan sebati dan kembang.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Setiap bahagian diwarnakan berlainan.
  4. Ambil sedikit dari setiap warna adunan dan diisikan ke dalam piping bag kecil ...(gunakan plastik kecil pun ok jer...asalkan berbucu!). Guntingkan bucu sedikit sahaja...agak2 lubang sekecil lidi aje. - Inilah yang akan digunakan untuk dot dot tu nanti...
  5. Filling yang digunakan  perlu diisi dalam piping bag kecil (atau pun plastik seperti adunan untuk dot dot tadi)
  6. Sediakan mangkuk kertas ke dalam dalam bekas muffin yang kecil
  7. Sudukan adunan (satu warna dulu - contohnya 'kuning') sehingga separuh daripada mangkuk kertas.
  8. Picitkan filling kesukaan kita
  9. Sudukan lagi adunan warna yang sama (kuning) hingga lebih sikit je dari 3/4 mangkuk kertas.
  10. Ambil adunan warna berlainan (biru) yang telah diisi dalam piping bag dan di picit bulat kecil di atas adunan kuning tadi. Ulangi langkah 8-11 dengan menggunakan adunan warna berlawanan pula.
  11. Panaskan pengukus. Cara terbaik bagi memastikan apam yang dimasak nanti cantik permukaannya, balut penutup pengukus kita dengan kain bagi mengelakkan air wap kukusan jatuh ke atas permukaan apam semasa mengukus nanti.
  12. Kukuslah apam dalam 7-10 minit atau sehingga masak.
Jangan lupa untuk mencuba....

Friday, May 6, 2011

Promosi Hari Ibu dan Hari Guru

Assalammualaikum,

Kepada sesiapa yang ingin memberi sesuatu yang "istimewa" kepada seseorang yang "istimewa" pada hari yang "istimewa", MBC sedang mengadakan promosi discount RM5 kepada setiap order disepanjang bulan May 2011. Tak kira saiz dan quantity. Promosi dibuka untuk kawasan Puncak Alam, Saujana Utama, Puncak Perdana , Giant dan Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam dan kawasan yang sewaktu dengannya....dan free delivery di sediakan untuk kawasan berkenaan.

Sila hubungi 0123872250  atau email kepada mummycupcakes@gmail.com

Cepat..cepat..cepat...

Thursday, April 28, 2011

Bakes & Cupcakes

First of all, "Happy Belated Birthday Cik Kiah" (bukan hat rombongan cik kiah tu tau).. my lovely auntie...Red Velvet Cake ordered by her beloved daughter, Gee.

Thanks Gee for willing to try my RVC...

Cik Kiah and husband Acik Gudik..

Lama sungguh tak update blog ni. Dah bersawang dah pun.. just to upload some cupcakes pictures. 

Order from lovely lady to her secret admirer.. Good Luck Babe...


Another set of CC for The Lucky Guy...

Seperti yg anda lihat, "litar lumba go-kart" tu togel jer tanpa kereta nya.. jenoh carik merata tempat cokelat yg berbentuk gheta..tup tup nasib baik ada terjumpa kat Giant Shah Alam. Sebab penerima CC ni gheja kat Shah Alam. Ni la gheta cokelat tu.. tapi tak sempat ambik gambar CC after di "modified"..


Plastik luarnyer.
Ni isi kandungannyer.. kereta racing.. hat ni portion untuk Zameer and Zayeed.

Order from kawan D'Ila..


Aksi aksi Zayeed tengah tengok Chuggington..
 


Thursday, March 31, 2011

Macaron madness... & cupcakes

After cupcakes.... siti situ sana sini orang dok cerita pasal macaron... what can you say abt macaron...the richness and the sweetness of this french cookies. People are crazy about macaron nowdays... saya pun memang teringin nak try membuatnyer.. Bila go thru the resepi memang tak banyak dan cara nyer theoritically memang senang..but if you don't have the right oven temp or even the right weather those "feet or skirt" wont appear.... and the outcomes..mendebarkan.. This is my first time.. rasernyer dah ada cuma "skirt"nyer tak menonjolkan diri.. Meh kita tengok gambar2 nyer..
 
 
Batter piped on the cookies sheet.. Let it dry for 1 hr..
 
Macaron baru keluar dari oven.. ada coit lagi.. tapi skirt tak nampak pun (frust)
 
Finish product.. boleh la... janji ada rasa.. macaron with cream cheese..
 

ermmmm... can't resist.. lalu jer tepi peti ais mesti ambik satu dan satu dan satu lagi.. Mr. Hubby pun sama juga.. both of us jer yg habiskan.. Resepi dan caranyer buleh didapati di sini...


 Ingredients:
  • 90gm eggs whites, aged in the fridge for 48 hrs and at room temperature (i tak simpan dlm fridge cuma telur jgn sejuk).
  • 144g icing sugar
  • 72g granulated sugar
  • 59g almond powder
  • 68g pecan nut powder
** i just used hazelnut powder

Method:

  1. Combine hazelnut with icing sugar and grind in a food processor. Make sure you add icing sugar when grinding, that will prevent the nuts get oily..
  2. Whip the egg whites until foamy mcm shaving foam, then slowly sprinkle sugar. Whip on high until you achieve glossy and stiff meringe, but not dry..
  3.  Add the dry mixture into the meringue mixture in 3 addition, when all are incorporated, do the macaronage method by pressing the batter achieve a consistency like a flowing ribbon.
  4. Pour the batter into piping bag, nak pakai nozle ker tidak terpulang lah.. janji bulat.
  5. Pipe on baking sheet lined with parchment paper, then rest them for 30 min to 1 hr until the skin dry (Do not bake until you can touch the top of a piped cookies without any residue remaining on your finger).
  6. Bake at preheated oven at 170C for about 20 min.
  7. Once cooled fill with any filing u prefer.. in my case i ada leftover cream cheese...

Link untuk belajar buat macaron..
 

 

Wednesday, March 30, 2011

Liverpool...



Order from Anne, student PTPL Shah Alam for her beloved BF.. jom cuci mata.. Theme nyer Liverpool.




Thank Anne ..

Thursday, March 24, 2011

Bakes and Cupcakes..


I can't remember who actually the owner of this cupcakes. Yang i  ingat she is a student from Uitm Puncak Alam. Thanks a lot and sorry tak ingat nama u..


Menyesal sangat tang telinga Mickey Mouse tu. I used fondant, i should have using choc bulat tu. Lepas hantar baru perasan ada jual kat Speedmart 99 nearby.. ish... frust.. telinga Cik Mickey tak tegak la jadiknyer..




This is my other baking project Oreo Cheese Cupcake. Memang sedap dan lembut...


Resepi di adaptasi dari buku "Kek Cawan" karya Lynn Hassan. Sifu cupcakes and cakes.. pada yang nak beli buku ni layari http://www.myhadiah.com/ untuk classes buat cake. Why did i choose to bake this cupcakes is just because of dalam cupcake ada ..."CHEESE". So here goes...

Bahan A:
150gm Cream Cheese
40gm butter
40gm fresh milk

Bahan B:
120gm tepung gandum
100gm castor sugar
3 biji telur
1gm baking powder
7gm overlatte

Additional
25gm crushed oreo..

Method:
1. Cairkan bahan A secara "double boil". Biarkan suam.
2. Masokkan bahan B ke dalam mesin pengadun. Pukul dengan high speed  sehingga ringan.
3. Campurkan bahan A dan B. Taburkan serbuk oreo kedalam adunan.
4. Isikan adunan kedalam paper cup (hampir penuh).
5. Bakar adunan secara "water bath". Bakar dengan suhu 170 C selama 35-40 minit.

** Bakar secara "water bath"- susun mangkuk paper cup ke dalam dulang. Tuangkan air panas mendidih ke dalam dulang pembakar. Barulah di bakar...

Selamat mencuba......